Sunday, 9 December 2012

Kecemerlangan dalam UPSR sekolah saya


SJK C FOON YEW 2 JOHOR BAHRU telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012 :

1) Pemahaman BM : 86.9 %

2) Penulisan BM : 89.6 %

3) 46 daripada 289 orang murid mendapat 7A.( 15.92 % )

4) Mendapat Anugerah Kecemerlangan Kategori Sekolah Murid 
    200 ke atas Peringkat Negeri Johor.












Kisah Pokok Epal

Kisah kanak-kanak -- Pokok Epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Latihan pengukuhan Peribahasa


Latihan Pengukuhan Peribahasa


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat
    khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh
    sebab itu dia dianggap ___________________ .

A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3. Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak
    henti-henti berbual kerana adik ___________________.

A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4. Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai
    _______________ sebelum  pergi ke sekolah.

A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5. Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan
    Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.

A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6. Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik
    sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

7. Puan Basrah masih ________________ meneruskan
    perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan
    daripada anak-anaknya.

A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati

8. Semua barang itu dijual dengan __________________
    dalam Pameran Jom Heboh.

A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9. Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak
     menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10. Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah
      jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________
      semasa mengadili perlawanan tersebut.

A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

Kad imbasan Bahasa Melayu Tahun 1

Tayangan kad imbasan buku teks  Bahasa Melayu Tahun 1


Belajari suku kata

Belajarilah suku kata melalui tayangan video! Selamat menonton dan belajar!


Bandingan semacam


Bandingan Semacam
  1.           cantik seperti bidadari
  2.       tinggi seperti galah
  3.           lurus seperti bendul
  4.           malas seperti keldai
  5.           gemuk seperti badak
  6.           angkuh seperti merak
  7.           bodoh seperti lembu
  8.           hitam seperti arang
  9.           keras seperti batu
10.          takut seperti tikus
11.          pucat seperti mayat
12.          pahit seperti hempedu
13.          masam seperti cuka
14.          laju seperti kilat
15.          kurus seperti lidi
16.          adil seperti hakim
17.          berani seperti harimau
18.          besar seperti gajah
19.          kuat seperti badang
20.          wangi seperti bunga
21.          rajin seperti semut
22.          panas seperti api
23.          tajam seperti sembilu
24.          masam seperti cuka
25.          masin seperti garam
26.          manis seperti madu
27.          kuning seperti kunyit
28.          ligat seperti gasing
29.          miskin seperti pengemis
30.          hitam seperti arang