1) Kata Nama Am
- Orang : doktor, guru, murid, ibu, polis.
- Binatang : arnab, kucing, buaya, anjing, lembu.
- Benda : kereta, rumah, pen, basikal, meja.
- Tempat : klinik, kedai, sekolah, padang, masjid.
2) Kata Nama Khas
- Orang : Doktor Tan, Cikgu Go, Puan Siti.
- Binatang : Si Tompok, Sang Kancil, Pak Belang.
- Benda : Panasonic, Toyota, Sony.
- Tempat : Melaka, Taman Merdeka, Klinik Setia.
Nota 2 : Kata Ganti Nama Diri
1) Kata Ganti Nama Diri Pertama
- Saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita.
2) Kata Ganti Nama Diri Kedua
- Anda, awak, engkau, kamu, kalian, tuanku,saudara,
saudari.
3) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
- Mereka, beliau, dia, baginda, -nya.
Nota 3 : Kata Kerja
1) Kata Kerja Transitif:
* Kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk
ayat yang lengkap.
* Contoh: Puan Sally sedang mencuci pakaian.
( KKT ) ( objek )
* Contoh lain :Memasak, menjemput, menyidai,
memukul, menendang, membuka.
2) Kata Kerja Tak Transitif :
* Kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna
yang lengkap dalam ayat.
* Contoh : Kami suka berenang.
( KKTT)
* Contoh lain : Tersenyum, melompat, menangis,
berlari, bangun, menyanyi.
Nota 4 : Kata Adjektif
1) Sifat/Keadaan : Sakit, pandai, jelita, layu, tampan,
kuat, rajin, malas.
2) Ukuran : Tinggi, tebal, kurus, nipis, dalam,
panjang.
3) Warna : Putih, hitam, jigga, kuning, kelabu.
4) Bentuk : Bulat, bujur, kemik, lonjong, senget,
leper.
5) Pancaindera : Manis, masam, masin, kelat, kesat,
pahit.
6) Waktu : Lama, lambat, baru, awal, cepat,
segera.
7) Jarak : Jauh, dekat, hampir, jelas.
8) Perasaan : Rindu, cinta, sayang, malu, marah, pilu.
9) Cara : Pantas, laju, deras, lincah, kencang.
Nota 5 : Kata Seru
1) Aduh (疼痛 )= Perasaan sakit
* Aduh, sakitnya lutut saya!
2) Amboi (惊奇) = Perasaan hairan/kagum
* Amboi, merahnya baju kamu!
3) Wah (吃惊)= Perasaan kagum
* Wah, tingginya bangunan itu!
4) Syabas (恭贺)= Tahniah
* Syabas, kamu telah berjaya!
5) Cis (愤怒)= Perasaan marah
* Cis, berani kamu menentang aku!
6) Wahai (劝勉 )= Menasihati
* Wahai anak-anak, belajarlah bersungguh-sungguh!
7) Oh (明白) = Memahami sesuatu
* Oh, rupa-rupanya kamu adiknya!
8) Eh (惊讶) = Perasaan hairan /terkejut
* Eh, cepatnya kamu sampai ke sekolah!
9) Ah (不耐烦)= Tidak sabar/marah
* Ah, jangan cakap lagi!
10) Nah (给东西)= Memberi sesuatu
* Nah, ambillah buku ini!
11) Aduhai (怜惜) = Perasaan kasihan
* Aduhai, kasihan sungguh pengemis itu!
Nota 6 :Kata Sendi Nama
1)Di ( Untuk tempat / Arah)
- Kereta itu berhenti di tepi jalan.
2) Ke ( Menerangkan tempat, arah yang dituju dan waktu)
- Kami akan pulang ke kampung nenek esok.
- Sila letakkan buku ini ke atas meja itu.
3) Dari ( Menerangkan tempat, arah dan waktu )
- Cikgu Maseri berasal dari Sarawak.
- Saya telah bersenam dari pukul 5 petang hingga
sekarang.
4) Daripada ( Menunjukkan sumber, punca/perbandingan)
- Gajah lebih berat daripada kuda.
- Bakul itu diperbuat daripada daun mengkuang.
5) Kepada ( Menerangkan penggunaan untuk orang dan
benda abstrak )
- Tuan rumah menghulurkan kunci kepada saya.
6) Untuk ( Menyatakan kegunaan sesuatu )
- Wang itu digunakan untuk membeli beras.
7) Pada ( Menerangkan masa dan tempat )
- Kunci itu ada pada ayah.
- Kami akan menghadiri mesyuarat pada pukul 8pagi.
KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang berperanan atau
berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa
dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada
tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata
hubung berpasangan.
Kata Hubung GabunganKata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.
Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi
Contoh Penggunaan dalam Ayat
Kata Hubung GabunganKata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.
Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi
Contoh Penggunaan dalam Ayat
1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan
pelajarannya ke maktab atau ke universiti.
2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul?”
tanya Amin.
3. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang
kaya itu.
4. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal
itu.
5. Semua murid di kelas itu membaca buku di
5. Semua murid di kelas itu membaca buku di
perpustakaan kecuali Shamsudin.
6. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad
atau hari kelepasan am.
7. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang
7. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang
empuk itu.
8. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit
punggungnya.
9. Aliah rajin serta gigih berusaha.
9. Aliah rajin serta gigih berusaha.
10. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid bercadang untuk
pergi menonton wayang pada
hari minggu ini.
11. Sally menyanyi sambil menari.
hari minggu ini.
11. Sally menyanyi sambil menari.
12. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik.
13. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka
makan roti canai.
14. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu
mahal.
Baik. Nota yang sesuai untuk murid.
ReplyDeletebaik untuk murid-murid
ReplyDeleteNota yang lengkap dan ringkas!
ReplyDelete