Monday, 10 December 2012
Sunday, 9 December 2012
Kecemerlangan dalam UPSR sekolah saya
SJK C FOON YEW 2 JOHOR BAHRU telah
mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012 :
1) Pemahaman BM :
86.9 %
2) Penulisan BM : 89.6 %
3) 46 daripada 289 orang murid mendapat 7A.( 15.92 % )
4) Mendapat Anugerah Kecemerlangan Kategori Sekolah Murid
200
ke atas Peringkat Negeri Johor.
Kisah Pokok Epal
Kisah kanak-kanak -- Pokok Epal
Suatu masa dahulu,
terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu
gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok
tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia
berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak
tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Latihan pengukuhan Peribahasa
Latihan Pengukuhan Peribahasa
Isi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat
khabar ataupun majalah kerana dia
_______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
2. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh
sebab itu dia dianggap ___________________
.
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu
3. Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak
henti-henti berbual kerana adik
___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan
4. Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai
_______________ sebelum pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong
Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak
6. Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik
sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
7. Puan Basrah masih ________________ meneruskan
perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat
sokongan
daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8. Semua barang itu dijual dengan __________________
dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga
9. Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak
menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi
pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati
10. Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah
jiran dicaci oleh para penonton kerana
_______________
semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan
Bandingan semacam
Bandingan Semacam
1. cantik seperti
bidadari
2. tinggi seperti
galah
3. lurus seperti
bendul
4. malas seperti
keldai
5. gemuk seperti
badak
6. angkuh seperti
merak
7. bodoh seperti
lembu
8. hitam seperti
arang
9. keras seperti batu
10.
takut seperti tikus
11.
pucat seperti
mayat
12.
pahit seperti
hempedu
13.
masam seperti cuka
14.
laju seperti kilat
15.
kurus seperti lidi
16.
adil seperti hakim
17.
berani seperti
harimau
18.
besar seperti
gajah
19.
kuat seperti
badang
20.
wangi seperti
bunga
21.
rajin seperti
semut
22.
panas seperti api
23.
tajam seperti
sembilu
24.
masam seperti cuka
25.
masin seperti
garam
26.
manis seperti madu
27.
kuning seperti
kunyit
28.
ligat seperti
gasing
29.
miskin seperti
pengemis
30.
hitam seperti
arang
Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
|
Maksudnya
|
ada angin
|
berkelakuan
luar biasa pada sesuatu ketika
|
ada hati
|
mempunyai
keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
|
air muka
|
rupa
atau wajah seseorang
|
ajak-ajak ayam
|
tidak
bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
|
ada bakat
|
mempunyai
tokoh atau perwatakan
|
alas perut
|
makanan
yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
|
anak angkat
|
anak
orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
|
anak bapa
|
anak
yang disayangi oleh bapa
|
anak buah
|
orang
yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
|
anak emas
|
anak
yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
|
angkat kaki
|
meninggalkan
sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
|
atas angin
|
negara-negara
di sebelah barat
|
atas pagar
|
tidak
menyebelahi mana-mana pihak
|
ayam tambatan
|
orang
yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
|
bahasa pasar
|
bahasa
Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
|
banyak mulut
|
orang
yang banyak bercakap
|
batu api
|
orang
yang suka menghasut
|
batu loncatan
|
sesuatu
yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
|
bau-bau bacang
|
tali
persaudaraan yang jauh
|
bawah angin
|
negara-negara
di sebelah timur
|
bekas tangan
|
hasil
kerja tangan seseorang
|
beralih akal
|
berubah
fikiran atau pendapat
|
beralih angin
|
pergi
ke sesuatu tempat untuk berehat
|
berat hati
|
enggan;
malas
|
berat mulut
|
pendiam
atau tidak suka bercakap banyak
|
berat tulang
|
orang
yang malas bekerja
|
berat sebelah
|
tidak
berlaku adil
|
berbelah bagi
|
sukar
untuk membuat keputusan
|
berhati batu
|
degil
dan sukar menerima nasihat
|
berhutang budi
|
patut
membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
|
bermuka dua
|
tidak
jujur
|
bertikam lidah
|
bertengkar;
berdebat
|
besar hati
|
bergembira
atau berbangga akan sesuatu
|
besar kepala
|
degil;
sukar menerima pandangan orang lain
|
buah hati
|
orang
yang dikasihi atau dipuja
|
buah mulut
|
sesuatu
yang menjadi perbualan orang ramai
|
bush tangan
|
hadiah
yang dibawa ketika melawat seseorang
|
bulat hat!
|
bersungguh-sungguh
ketika membuat sesuatu; sudah nekad
|
buruk siku
|
mengambil
balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
|
buta hati
|
tidak
dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
|
cahaya mata
|
anak
|
cakar ayam
|
tulisan
yang buruk
|
campur tangan
|
turut
serta atau mencampuri urusan orang lain
|
cari jalan
|
berusaha
atau berikhtiar melakukan sesuatu
|
epat tangan
|
suka
mencuri
|
dalam tangan
|
sudah
pasti akan diperoleh
|
darah daging
|
anak
kandung
|
durian runtuh
|
keuntungan
yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
|
gaji buta
|
mendapat
gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
|
gelap mata
|
hilang
pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
|
harga diri
|
maruah
atau kehormatan seseorang
|
harga mati
|
harga
tetap yang tidak dapat ditawar lagi
|
hati batu
|
degil
atau keras hati
|
hidung tinggi
|
sombong
atau tinggi diri
|
hilang akal
|
tidak
tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
|
ikat perut
|
menahan
lapar kerana berjimat
|
iri hati
|
menyimpan
perasaan dengki atau cemburu
|
isi hati
|
perasaan
dalam hati
|
jalan buntu
|
tidak
ada jalan penyelesaian
|
kacang hantu
|
orang
yang jahat dan suka mengganggu orang lain
|
kaki ayam
|
tidak
berkasut atau berselipar
|
kaki bangku
|
tidak
berkebolehan bermain bola
|
kaki botol
|
suka
minum minuman keras
|
kecil hati
|
berasa
tersinggung atau merajuk
|
kepala angin
|
perangai
yang tidak menentu
|
kepala batu
|
degil
dan tidak mendengar nasihat
|
kera sumbang
|
orang
yang tidak suka bergaul dengan orang lain
|
khabar angin
|
berita
yang belum tentu benarnya
|
langkah kanan
|
bernasib
baik
|
langkah seribu
|
cepat-cepat
lari kerana ketakutan
|
lidah bercabang
|
kata-kata
yang tidak dapat dipercayai
|
lipas kudung
|
cepat
membuat kerja
|
lintah darat
|
mengambil
keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
|
makan angin
|
bersiar-siar
untuk berehat
|
makan suap
|
menerima
rasuah
|
malu-malu kucing
|
berpura-Aura
malu di hadapan orang
|
mandi peluh
|
bekerja
kuat
|
mati katak
|
mati
dengan sia-sia
|
membabi buta
|
melakukan
sesuatu tanpa berfikir
|
membawa diri
|
tahu
menjaga diri
|
membuka jalan
|
memberi
laluan kepada orang lain
|
membuka tembelang
|
menceritakan
keburukan seseorang kepada orang lain
|
memeras otak
|
terlalu
kuat berfikir atau belajar
|
menarik diri
|
tidak
turut serta; meletak jawatan
|
mencari jalan
|
berusaha
untuk melakukan sesuatu
|
mencuci mata
|
gembira
memperhatikan sesuatu yang indah
|
mencuit hati
|
lucu;
menggelikan hati
|
mengabui mata
|
cuba
memperdaya; menipu
|
mengadu domba
|
memperlagakan
seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
|
mengambil angin
|
bersiar-siar
untuk berehat
|
mengambil berat
|
memberi
sepenuh perhatian
|
mengambil hati
|
dapat
memikat atau mempengaruhi
|
mengasah bakat
|
latihan
untuk mengembangkan bakat
|
muka tembok
|
tidak
berasa malu
|
mulut murai
|
kuat
bercakap atau berbuat bising
|
mulut tempayan
|
tidak
dapat menyimpan rahsia
|
murah hati
|
suka
bederma; tidak kedekut
|
naik angin
|
terlalu
marah
|
nyawa-nyawa ikan
|
hampir-hampir
mati
|
orang atasan
|
orang
yang berpangkat tinggi
|
otak cair
|
pintar
atau bijak
|
otak kering
|
kurang
siuman
|
otak udang
|
bebal
atau bodoh
|
paku belanda
|
barangan
yang tetap harganya
|
panas hati
|
meradang
atau marah
|
panjang tangan
|
suka
mencuri
|
pasang telinga
|
mendengar
dengan teliti
|
pekak badak
|
kurang
jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
|
pembasuh mulut
|
makanan
atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
|
perang mulut
|
pertengkaran
|
pilih kasih
|
memberi
layanan yang lebih kepada orang yang disukai
|
pisau cukur
|
perempuan
yang suka menghabiskan harta benda lelaki
|
puteri lilin
|
tidak
tahan terkena panas matahari
|
putih hati
|
ikhlas;
jujur
|
putih mata
|
mengalami
kekecewaan
|
rabun ayam
|
penglihatan
yang kurang jelas
|
rambang mata
|
sukar
membuat pilihan
|
ringan tangan
|
suka
membuat kerja: menolong orang
|
sampai hati
|
tergamak
melakukan sesuatu kerja
|
serkap jarang
|
membuat
tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
|
tangan terbuka
|
menyambut
sesuatu dengan senang hati
|
tangkai jering
|
orang
yang kedekut
|
tawar hati
|
tidak
mempunyai minat lagi
|
tebal muka
|
tidak
tahu malu
|
telinga kuali
|
tahan
hati menerima kemarahan
|
telinga lintah
|
tajam
pendengaran
|
telinga nipis
|
cepat
marah atau meradang
|
terang hati
|
mudah
memahami sesuatu
|
tidur-tidur ayam
|
tidur
yang tidak nyenyak
|
tin kosong
|
bercakap
besar tanpa ilmu
|
titik peluh
|
hasil
usaha yang bersungguh-sungguh
|
Subscribe to:
Posts (Atom)